BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 18, 2011

si dia masak

hehe. encik abang aku demam semalam dan hari ni. kesian die...lepas tu aku bagi resepi bubur ayam yang pernah aku buat kat rumah. resepi ni aku dapat daripada blogger ni. akak ni masak best je semua aku tengok. ni link blog akak tu. KLIK SINI.

aku ada tangkap gambar bubur aku masak. tapi malangnya handphone aku yg cikai ni buat perangai. hihi.
so tak leh nak upload. opah suka bubur ni, bertambah-tambah opah makan.. mak, abah dan sepupu aku pun suka. terima kasih kak madiha for the recipe.

lepas bg list barang nak beli ape, bergaduh-gaduh jugak dengan encik abang aku. haha. tensen aku die tak kenal banyak benda.. (aku ni kan kurang sabor..hehe). tapi kesian pulak, dah la demam kena marah. hihi.

aku pun ada merajuk sikit-sikit sebab encik abang ada tertinggi suara kat aku. sedih tau. agaknya masa aku merajuk tu, encik abang aku pergi beli bahan-bahan. banyak kali die kol, tapi aku tak angkat. kol mesti sebab tak kenal bahan-bahan. haha.

tak lama lepas tu encik abang aku mesej dia nak masak, so aku angkat la kol die. tak baik betol aku ni.
aku ajar step2 die melalui telefon. pening jugak sebab nak 3G pon tak boleh, risau aku entah apa rupa bubur die masak.

aku: tumbuk lada hitam tu satu sudu.

die: tak ada lesung.

aku: penyetkan, tekan-tekan guna pisau. tak pun sudu. tapi basuh dulu.

die: ala tak boleh lah. lada hitam ni lari-lari.

lari-lari? hahahaha. aku pun gelak la puas-puas. pergi la kejar kalau dah lari. kesian-kesian. mau kecah dapur die masak. tak lama lepas tu die tag gambar bubur ayam die masak tu kat fb. menjadi lah jugak. bubur ayam bujang lah katakan... hihi. sedap katanya. macam bubur ayam mcD. suka hati die je.

ni gambar nya, not bad la.. cuma tak ada hiasan. die makan dengan kawan-kawan, tambah telur masin,. em sedap.


bubur ayam panas daripada encik abang.


hari jumaat & good news!

ALHAMDULILAH...

pagi ni dapat good news. scholarship dah diluluskan. happpy sangat-sangat. selalu aku bgtau abah doakan aku dapat scholarship. dan abah & mak selalu cakap, dorang tak pernah lupa doakan untuk aku... amin...tentulah berkat doa dorang jugak ni.

yelah perit kot, tiga empat bulan pertama ni tak dapat funding ape-ape. semua bergantung pada abah. aku kesian tengok abah. nak tanggung aku, dengan masalah kat rumah aku lagi. tapi abah tetap jugak berikan aku duit poket. aku serba-salah. kesian. ni dah diluluskan scholar, tak lah aku risau sangat.

dalam dua tiga hari sebelum  ni, aku tiba-tiba terpikir pasal scholar tu. aku harap sangat dapat. aku pon dah niat nazar. sekarang dah dapat, so aku kena lah laksanakan nazar tu kan. hehe. ape yang aku nazar? mana boleh cakap kan. malu lah i... hihi. semoga dipermudahkan nawaitu ku ini, aminnn...

Wednesday, November 2, 2011

yeahhhh! balik kampung,. OOOooo

rindu gila kat rumah. rindu dekat mak, kat abah, dan kat opah jugak. tiap hari aku rindu dorang. rindu gila-gila punya. hari ahad ni dah nak raya haji @ korban. so maknanya opah dah terlantar sakit atas katil tak bangun-bangun, dah nak genpa setahun jugak la. kesian dan simpati sangat-sangat aku tengok opah. yela, aku dah biasa tengok opah sihat walafiat. naik basikal tua dia pergi sana-sini. pergi ajar mengaji, pergi baca yasin kat rumah-rumah orang kenduri, pergi mengurut orang. masak itu ini. aku kalau masak ape-ape tak penah lupa nak hantar kat opah.

kalau nak tau, aku lah cucu yang paling tak rapat dan renggang dengan opah aku. aku memang tak reti nak bermanja-manja, nak berbaik-baik, nak bercerita itu ini dengan opah. aku memang cepat panas punggung kalau pergi rumah opah. tak boleh duduk lama-lama, mesti aku nak balik.

tapi itu dulu. tu semua sebelum opah sakit. tapi lepas opah dah terlantar sakit ni.. opah dah stay kat rumah aku. opah stroke sebelah badan. tak boleh duduk. tak boleh makan sendiri, kena bersuap. mandi pun kena orang mandikan. opah hanya terbaring je atas katil. aku yang dah biasa tengok opah sihat ke hulu hilir, sekali tengok opah tiba-tiba jatuh sakit macam tu, hanya Allah yang tau betapa aku tak sanggup nak lihat semua ni. aku pun tak sangka aku jadi sayang sangat-sangat kat opah. rapat dengan opah. dan dah pandai merajuk-rajuk dengan opah aku. hahaha. macam lawak pun ada.

walaupun opah dah stroke sebelah badan. Alhamdulilah, Allah masih pelihara pancaindera opah. opah masih boleh bercakap, boleh mendengar dan melihat dengan baik. abah selalu cakap, "mungkin Allah pelihara dan bagi peluang opah boleh berkata-kata lagi sebab opah abadikan hidupnya mengajar orang mengaji dan berubat orang." wallhualam. itu yang buat aku jadi bersyukur atas setiap satu-satu pemberian-Nya.

aku nak sangat opah bangun duduk pun jadi la. kesian tengok opah terbaring macam tu je. Ya Allah, aku sayang kedua ibu bapa ku dan juga opahku. peliharalah dan lindungilah mereka Ya Allah. berikan lah mereka kesihatan yang baik...amin..Ya Allah"

Dan aku tau. hati aku akan berat sangat-sangat nak balik ke JB semula nanti. aku tak sanggup nak biar mak abah je tanggung semua. kuatkan lah hati ku ni....

semoga perjalan pergi dan balik aku selamat semuanya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA. tak rugi kite berkorban untuk insan yang kita sayang terutamanya kepada kedua ibu bapa kita. dahulu kan lah mereka kedua ibu bapa kita sebelum insan lain yang pernah hadir dalam hidup kita..

Tuesday, November 1, 2011

benci

aku tak boleh stop nak benci kau lah. kenapa eh?


sebab kau jahat sangat dulu kot kat aku. bukan dendam tapi...

yang penting AKU BENCI KAU!!

*yeaayyyy. puasnya boleh tulis macam ni. encik abang aku mesti tau aku benci sape. lalalalala~