BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 31, 2011

nebes nya!

aku tengah nebes kuasa dua puluh ni!!!


esok pukul 9.00 pagi ada interview!!!


siries takot dan nebes yang amat sekali.... grrrrr.

Sunday, October 30, 2011

si dia pon nak jugak... eleh.

baru lepas makan tengahari. tengahari kerrrr? dah nak petang kot kan. lalalalaa..
biasa la duduk jauh daripada kampung halaman ni kan. nasi bungkus je la jadi santapan empat lima tahun ni.
lepas makan tadi, pergi basuh tangan (macam la orang lain lepas makan pergi basuh kaki kan? keh3..). tiba-tiba teringat pulak zezaman kenal dengan encik abang aku dulu. dolu-dolu kiteorang sejak azali kenal pun dah memang macam anjing dengan kucing. sekarang pun macam tu jugak, cuma dah bertambah sweet la (gila geli). sweet lah sangat. macam nak terbalik dunia bergaduh. hahaha. romantis betol.

awal-awal dulu, masa belom kapel. baru first time jumpa encik abang ni. cakap pun main aku kau je. yela, baru kawan-kawan je, baru kenal lah katakan. encik abang aku ni kalau tak nganjing aku satu hari, macam tak sah la. bukan dia tak tau aku merimau bukan main lagi kalau dengan laki. lepas first day jumpa dan keluar sama-sama. perghhh. mamat ni memang bukan taste gua la. taste nak buat gaduh boleh la. haha. aku ingatkan kalau jumpa, dia tak ada asyik nak memasal dengan aku dah. ini tak. dah la tak romantik. tak berpuitis lansung nak ajak kapel. muka garang. muka nak mintak pelampang pun ada aku tengok dia. masa first time keluar, makan dengan encik abang kau ni. mak aiiii, dia siap sound aku lagi, "kau ni kalau makan elok-elok tak boleh ke???". suara tu dah la volume 10! weiii, suka hati aku la nak makan macam mana.

masa dah nak balik, soalan dia "kau agak-agak bila lagi kita boleh jumpa?"

jawapan aku.."tengok lah dalam sebulan dua lagi. tapi tu pun tengok dulu lah."

"dua bulan lagi?? kau biar betul ni"

"yelah, betul la. kenapa? tu pun kira cepatlah tu." gila tak ada perasaan aku nak jumpa dia dah. kalau boleh memang nak off handphone je tak nak contact dia dah.

tapi apa kan daya. aku pun terkena batang hidung sendiri dengan kata-kata pujangga manusia. hati perempuan ni sekeras kerak nasi. kau simbah air, lembut la dia.

aku pun terima dia lepas beberapa kali dia kena reject. haha. aku pun tak paham sampai sekarang kenapa aku terima dia. padahal menyakitkan  hati aku je ada ala. lebih banyak kutuk aku daripada puji. bongek betul mamat sengal tu.

dan sekarang... hehe.aku dan dia hanya mampu berdoa. agar jodoh kiteorang berpanjangan. masih jauh lagi perjalanan ini dan banyak lagi yang kiteorang perlu perbaiki dalam hubungan. nobody's perfect.
aku terima dia. dan dia terima kekurangan aku.

thats all.

Friday, October 28, 2011

tak baik kan mengeluh

haihhhh....

mengeluh jugak kan. not good. not good. hehe. memang pun. mak abah aku sangat pantang kalau tetiba dengar aku mengeluh. tak pasal-pasal kena sound nanti. sebab tu kalau aku nak mengeluh, aku akan berpikir dulu. "ish, kan mak abah tak suka kalau aku mengeluh" kene pujuk hati sendiri la..haha.

tak ada la. tadi aku pergi mencari sesuap nasi. mencari duit lebih sikit. ada lah yang merunsingkan fikiran aku. bila otak asyik berfikir semua perkara. macam mana ko nak makan esok kalau fulus tak ade. boleh ke ko teruskan belajar dengan duit biasiswa yang baru je berkemungkinan dapat, itu pun belum tentu. hanya mampu berdoa. ringan sikit beban mak abah aku. amin.. aku bukan anak orang senang weh. sebab tu aku pikir sehabis mungkin kalau nak beli barang. bukan bermakna aku kedekut dan tak teringin. tapi disebabkan aku rasa, lebih baik aku makan daripada aku tak makan seminggu semata-mata kehendak yang aku tak mampu beli, so aku pendamkan je dalam hati. dengan harapan ada sinar dan rezeki aku nanti.

jom kumpul wang emas. ngeh3

bila aku pikir pasal duit, aku jadi down nak belajar. mak aihhh. manja ek? haha. tak ah. aku kurang semangat. ye ar, korang paham lah kan, nak belajar. duit itu ini akan korang nak guna. tiap hari aku pikir berapa banyak je aku boleh spend dalam sehari. boleh kusut sebenarnya. inisiatif aku, aku kena ada reserve psychology. selalu aku pikir, dalam aku rasa hidup aku sebagai seorang pelajar ni susah gile, ada lagi insan lain yang statusnya seorang pelajar lebih susah kehidupannya daripada aku. so far, tak pulak aku tak makan walaupun satu hari.

Ni pulak maggi bujang paling malas

ada satu sumber daripada kawan aku punya cerita. pensyarah kepada kawan aku ni, masa beliau masih belajar lagi. duit memang susah. setiap hari santapannya adalah maggi. satu bungkus maggi dibahagi dua. maknanya boleh makan maggi tu dua kali sehari dengan hanya satu bungkus. kalau aku, memang perut kerja berkeroncong la jawabnya.

so di sini, aku rasa...ALHAMDULILAH.... mungkin segala kesenangan untuk mak abah aku yang aku nak berikan kepada dorang. belum sampai masanya lagi. lebih baik kiranya sekarang aku bersabar dahulu. memang susah untuk bersabar (bagi orang macam aku la..haha) tapi kena jugak sabar. =)

p/s: teringin betul nak pakai kereta sendiri. nak bawak mak abah pergi jalan-jalan. entah bila last dorang pergi jalan-jalan. =(

Wednesday, October 19, 2011

jangan blame orang sesuka hati

korang ada kawan? ke korang duduk sorang-sorang je tak nak kawan dengan sape-sape. dengan alasan tak nak ambil tau pasal sape-sape. sangat sosial okey kalau berkawan ni. takut nanti kawan-kawan ajak korang buat benda yang tak elok. (mak aih.., gila menjaga iman ko nih). takut nanti kawan ko sonlap duit ko yang banyak tu. takut ko terlebih kasih  sayang bila kawan-kawan ko sayang ko lebey..(ape kebenda ni?). takut itu..takut ini... wey..ko pergi duduk dalam hutan, kawan dengan pokok lah senang. sopan sikit cakap pokok kan. haha.

kenapa aku cakap pasal kawan? bila umor sudah menginjak tua dewasa ni. ape yang aku perasan. kawan akan makin berkurang. maksud aku kawan yang rapat, setia dan jujur dengan ko. kawan yang nak huha-huha (ni tak ada dalam kamus dewan & pustaka) tu memang lah ramai. bila dah semakin bertambah umur, kawan-kawan banyak akan buat hal sendiri. yelah, kalu kawan dah kahwin, takkan ko nak berkepit sekali dengan suami kawan ko tuh. lain lah ko sebenarnya ada hati nak jadi MADU kawan ko. hahaha.. entah kenapa aku cakap pasal kawan ni aku pun tak berapa nak sure.

mungkin sebab aku ingat kat kawan aku yang sorangni ( bukan nama sebenar). sorangni baik gila dengan aku, dan dengan kawan-kawan rapat aku. kiranya kalau tak ada dia, tak cukup corumn tu, memang tak best. rase down. wacehhhh.. tapi sekarang, sorangni dah senyap menyepi. aku pun rase lonely (sewel-sewel). tak ada lah lonely, cuma rasa lain lah. dah biasa ada sama-sama, bila tak ada..haih, susah nak kata.

aku tau mana silapnya kiteorang renggang. bagi aku, apa sekali pun salah orang tu. kena tengok balik pada diri kite. mungkin ada salah pada diri aku sendiri. cuma manusia ada ego masing-masing. macam aku bergaduh dengan bf aku la. bila tengah marah, aku rasa semua dia yang tak betol. tapi bila kite dah cool down, aku tau banyak punca salah berpihak pada aku juga. so jangan mudah sangat blame seseorang.

daripada kawan, kepada isu semasa. tapi masih pada tajuk yang sama. korang tau tak isu baby kene kelar dengan ibunya sendiri (baru form 4) selepas ibu baby tu lahirkan anak luar nikah. selepas ibu baby tu cuba selamatkan baby tu dengan hantar ke rumah keluarga ayah kepada baby tu tapi ditolak mentah-mentah oleh keluarga tersebut. ibu kepada baby stress, terus kelar-kelar baby. polis datang. keluar kes dalam newspaper. masyarakat semua terus, "gila weh mak dia tak ada perasaan", " bodoh punya mak, tergamak buat macam tu kat nak sendiri.", "bodoh lah budak perempuan tu, tau buat tapi jaga anak tak tau" dan macam-macam lagi. yang bersalahnya perempuan. sedih aku. aku tak tau la macam-mana lah punya stress ibu baby tu. jangan letak die sebagai perempuan yang melahirkan anak luar nikah. tetapi letak dia yang merupakan seorang ibu dan wanita yang kite yang perempuan-perempuan akan bergelar seorang ibu jugak. ya, mungkin korang adalah bakal seorang ibuyang berkali-ganda baik daripada die. tapi siapa kite yang asyik nak menghukum orang saje.

baby tembam, bulat, mata bulat?? nak dikelar-kelar ke... memang ape la ibu baby tu pikir ek

kan lagi bagus-bagus kalau kita sama-sama berdoa agar ibu baby tu dipulihkan akalnya. dipulihkan akhlaknya. dibuka pintu taubat untuknya. dan insaf dengan segala perbuatannya. masyarakat kita pun dah berada pada tahap kritikal, yang mana gejala anak luar nikah ni dah semakin menjadi-jadi sana sini. opsss...jangan tuding pada siapa-siapa. tengok diri sendiri dulu, apa je yang kita dapat sumbangkan pada masyarakat. ni peringatan untuk aku dan semua jugak. aku pun sedih dan ngeri gila tengok baby kene kelar sampai terkeluar usus baby tu. tapi bile baca komen semua orang, semua tuding jari pada ibu tu. adui ni lah nasib perempuan. perbuatan  ibu baby tu kelar baby tu memang salah, tak ada siapa dapat sangkal lagi. namun segala kekhilafan yang berlaku, sama-sama lah kita berpikir dan ambil iktibar.

untuk adik-adik dan kawan-kawan, baik laki atau perempuan. bersabarlah weh sebelum korang kahwin tu. aku tak reti nak mengajar bab-bab agama ni. sekadar mengingati tu boleh lah. bersabar lah kejap. tolonglah bersabar. tahan lah sikit nafsu sarakah tu. aku pun ingatkan diri aku jugak. berpikirlah dulu ok?

Monday, October 17, 2011

saya yang masih bugar!

ape ke hal bugar-bugar nih? yolah. baru je nak try berbloggingg. so segar bugar lah lagi daripada jasmani dan rohaninya. kan kan..
blog nya dah ada lama dah. saja aku biar berkepuk-kepuk dengan habuk dulu.
contoh macam rumah or bilik orang tu berhabuk setebal 10 inchi, tu bukan tanda dorang tu malas nak mengemas. tu tanda dorang busy lerr tewwwww.  sama lah macam aku,  busy sangat ni sampai dibior je blog ni.

nak perkenal diri ni macam elok jugak kan. tapi ape je la yang best nye tentang aku kalau nak diceritakan pun.
alolo, sadis pulak den rasonyo. cukup la korang tau nama panggilan aku dulu. boleh panggil ija, or fiza. mana-mana pon boley....

sayang korang.... *tetibe. hak3..