hehe. encik abang aku demam semalam dan hari ni. kesian die...lepas tu aku bagi resepi bubur ayam yang pernah aku buat kat rumah. resepi ni aku dapat daripada blogger ni. akak ni masak best je semua aku tengok. ni link blog akak tu. KLIK SINI.
aku ada tangkap gambar bubur aku masak. tapi malangnya handphone aku yg cikai ni buat perangai. hihi.
so tak leh nak upload. opah suka bubur ni, bertambah-tambah opah makan.. mak, abah dan sepupu aku pun suka. terima kasih kak madiha for the recipe.
lepas bg list barang nak beli ape, bergaduh-gaduh jugak dengan encik abang aku. haha. tensen aku die tak kenal banyak benda.. (aku ni kan kurang sabor..hehe). tapi kesian pulak, dah la demam kena marah. hihi.
aku pun ada merajuk sikit-sikit sebab encik abang ada tertinggi suara kat aku. sedih tau. agaknya masa aku merajuk tu, encik abang aku pergi beli bahan-bahan. banyak kali die kol, tapi aku tak angkat. kol mesti sebab tak kenal bahan-bahan. haha.
tak lama lepas tu encik abang aku mesej dia nak masak, so aku angkat la kol die. tak baik betol aku ni.
aku ajar step2 die melalui telefon. pening jugak sebab nak 3G pon tak boleh, risau aku entah apa rupa bubur die masak.
aku: tumbuk lada hitam tu satu sudu.
die: tak ada lesung.
aku: penyetkan, tekan-tekan guna pisau. tak pun sudu. tapi basuh dulu.
die: ala tak boleh lah. lada hitam ni lari-lari.
lari-lari? hahahaha. aku pun gelak la puas-puas. pergi la kejar kalau dah lari. kesian-kesian. mau kecah dapur die masak. tak lama lepas tu die tag gambar bubur ayam die masak tu kat fb. menjadi lah jugak. bubur ayam bujang lah katakan... hihi. sedap katanya. macam bubur ayam mcD. suka hati die je.
ni gambar nya, not bad la.. cuma tak ada hiasan. die makan dengan kawan-kawan, tambah telur masin,. em sedap.
Friday, November 18, 2011
si dia masak
Posted by Cik Ija Ahmad at 2:49 PM 0 comments
hari jumaat & good news!
ALHAMDULILAH...
pagi ni dapat good news. scholarship dah diluluskan. happpy sangat-sangat. selalu aku bgtau abah doakan aku dapat scholarship. dan abah & mak selalu cakap, dorang tak pernah lupa doakan untuk aku... amin...tentulah berkat doa dorang jugak ni.
yelah perit kot, tiga empat bulan pertama ni tak dapat funding ape-ape. semua bergantung pada abah. aku kesian tengok abah. nak tanggung aku, dengan masalah kat rumah aku lagi. tapi abah tetap jugak berikan aku duit poket. aku serba-salah. kesian. ni dah diluluskan scholar, tak lah aku risau sangat.
dalam dua tiga hari sebelum ni, aku tiba-tiba terpikir pasal scholar tu. aku harap sangat dapat. aku pon dah niat nazar. sekarang dah dapat, so aku kena lah laksanakan nazar tu kan. hehe. ape yang aku nazar? mana boleh cakap kan. malu lah i... hihi. semoga dipermudahkan nawaitu ku ini, aminnn...
Posted by Cik Ija Ahmad at 12:28 PM 0 comments
Wednesday, November 2, 2011
yeahhhh! balik kampung,. OOOooo
rindu gila kat rumah. rindu dekat mak, kat abah, dan kat opah jugak. tiap hari aku rindu dorang. rindu gila-gila punya. hari ahad ni dah nak raya haji @ korban. so maknanya opah dah terlantar sakit atas katil tak bangun-bangun, dah nak genpa setahun jugak la. kesian dan simpati sangat-sangat aku tengok opah. yela, aku dah biasa tengok opah sihat walafiat. naik basikal tua dia pergi sana-sini. pergi ajar mengaji, pergi baca yasin kat rumah-rumah orang kenduri, pergi mengurut orang. masak itu ini. aku kalau masak ape-ape tak penah lupa nak hantar kat opah.
kalau nak tau, aku lah cucu yang paling tak rapat dan renggang dengan opah aku. aku memang tak reti nak bermanja-manja, nak berbaik-baik, nak bercerita itu ini dengan opah. aku memang cepat panas punggung kalau pergi rumah opah. tak boleh duduk lama-lama, mesti aku nak balik.
tapi itu dulu. tu semua sebelum opah sakit. tapi lepas opah dah terlantar sakit ni.. opah dah stay kat rumah aku. opah stroke sebelah badan. tak boleh duduk. tak boleh makan sendiri, kena bersuap. mandi pun kena orang mandikan. opah hanya terbaring je atas katil. aku yang dah biasa tengok opah sihat ke hulu hilir, sekali tengok opah tiba-tiba jatuh sakit macam tu, hanya Allah yang tau betapa aku tak sanggup nak lihat semua ni. aku pun tak sangka aku jadi sayang sangat-sangat kat opah. rapat dengan opah. dan dah pandai merajuk-rajuk dengan opah aku. hahaha. macam lawak pun ada.
walaupun opah dah stroke sebelah badan. Alhamdulilah, Allah masih pelihara pancaindera opah. opah masih boleh bercakap, boleh mendengar dan melihat dengan baik. abah selalu cakap, "mungkin Allah pelihara dan bagi peluang opah boleh berkata-kata lagi sebab opah abadikan hidupnya mengajar orang mengaji dan berubat orang." wallhualam. itu yang buat aku jadi bersyukur atas setiap satu-satu pemberian-Nya.
aku nak sangat opah bangun duduk pun jadi la. kesian tengok opah terbaring macam tu je. Ya Allah, aku sayang kedua ibu bapa ku dan juga opahku. peliharalah dan lindungilah mereka Ya Allah. berikan lah mereka kesihatan yang baik...amin..Ya Allah"
Dan aku tau. hati aku akan berat sangat-sangat nak balik ke JB semula nanti. aku tak sanggup nak biar mak abah je tanggung semua. kuatkan lah hati ku ni....
semoga perjalan pergi dan balik aku selamat semuanya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA. tak rugi kite berkorban untuk insan yang kita sayang terutamanya kepada kedua ibu bapa kita. dahulu kan lah mereka kedua ibu bapa kita sebelum insan lain yang pernah hadir dalam hidup kita..
Posted by Cik Ija Ahmad at 9:41 PM 0 comments
Tuesday, November 1, 2011
benci
aku tak boleh stop nak benci kau lah. kenapa eh?
Posted by Cik Ija Ahmad at 2:24 PM 0 comments
sweet like candy..lalala~
semalam kan. aku kan..pergi kan..kedai kan....lepas tu kan...hehe..
(kalau zezaman kecik dulu cakap banyak kan kan, mesti kena sound dengan hakak-hakak dekat rumah. "awat banyak sangat 'kan' hang ni ha?") eleh poyo je akak-akak ni nak marah-marah kite lak. suka hati kite la... wuuuoooo. lepas tu gadoh-gadoh tarik kain terkoyak rabak sini sana. then balik umah kena marah dengan mak. yeay! best-best kena marah bile gaduh dengan anak jiran tetangga. eh macam best je kalau cer masa kecik-kecik dulu. nantilah aku cer kan.
back to the story...
aku pergi kedai buku tau semalam. ke kedai runcit eh. sebab semua ada dalam tu. ok2, sebut kedai buku lah kan. ilmiah sikit. waceh wacehhwahhhh...aku nak cari fail. aku masuk dan nampak adik ni manis la. sopan orangnye (yela, nak dibandingkan dengan aku yg kurang sopan ni. hehe). bertudung labuh, senyum je bile customer masuk. baiknye..dalam dok belek-belek (cari-cari & pilih-pilih) fail tu. aku yang sedang disebalik almari fail tu, nun dihujung bucu kedai tu senyap menyepi sementelah aku dengar suara seorang mamat ni. aku teros menstatikkan diri. aku pon tak pasti kenapa aku statik di sebalik lamari tu. haha. sebabnya aku dengar laki tu macam nak ngorat adik manis kat depan tu. aku hanya nampak laki tu punya kopiah. so kira stock yang alim-alim lah ni. hehe.
lepas tu aku dengar laki tu macam tanya, "eh kerja lagi ke hari ni. bukan patut orang lain ke?". amboi. siap tau schedule adik manis ni kerja bile ke. then ada lah lagi yang laki tu tanya. aku tak berapa nak ingat. adik manis tu pun jawap sepatah dua je. cuma balas dengan senyuman. tapi si lelaki tu tanya soalan yang agak tak masuk akal pulak tu. biasalah orang tengah nebes, mula lah mati akal nak cakap ape. part last yang aku dengar sebelum si lelaki tu keluar, si lelaki tu sedang baca satu tajuk kat kulit depan novel dengan kuatnya. ape kes baca tajuk kat depan novel tu. lepas tu si lelaki tu terus letak buku novel tu balik. agaknye ada message yg cuba si lelaki sampaikan kat adik manis tu kot. agaknye la. lepas si lelaki keluar aku pun keluar di sebalik almari. haduih. penat nyorok. fail tak beli jugak pon.. haha.
aku rasa sweet lah pulak bile tengok lelaki yang baik ni ngorat si gadis. bukan maksud aku ko tak berkopiah ko tak baik. not like that lah ok. yelah, bukan ape. si lelaki tu ngorat macam comel-comel. mati akal nak berkata-kata, senyum-senyum, nak ngorat tapi macam takut-takut, malu-malu.
aku je ke rase sweet, ke korang tak? huwaaaa2...... bubye
*adui roomate aku ni macam jeling-jeling lak kan aku tulis ape.* dush2. tido je la cik fara jailani .
Posted by Cik Ija Ahmad at 2:04 PM 0 comments
